Rabu, 12 Disember 2012

Pengenalan


بسم الله الرحمن الرحيم
الحـمدللـــــــــــــــــه رب العــــــــــــــــــــالميـن
Segala puji-pujian dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah yang Esa..
Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad S.A.W. , kaum kerabat dan para sahabat..


Khalifah secara harfiyah bererti "pengganti" atau "wakil" yakni pemimpin umat islam setelah Nabi Muhammad S.A.W wafat. Mereka digelar sebagai Khalifah Allah(perwakilan Allah) dan Khalifah Rasulullah(penganti utusan Allah). Gelaran khalifah ini juga dikenali sebagai Amir al-Mukminin (pemimpin orang beriman).
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
“Bani Israel dahulunya telah diurus oleh para nabi, apabila seorang nabi(Bani Israel) wafat, maka digantikan oleh nabi yang lain, sedangkan tiada seorang nabi pon setelah aku(Muhammad Rasulullah) dan akan ada(yang akan menguruskan umat islam nanti) para khalifah dan bilangan mereka banyak.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Khalifahlah yang akan menguruskan umat islam selepas kawafatan Nabi Muhammad S.A.W. dan hanya seorang khalifah sahaja yang akan memimpin umat islam seluruh dunia. Inilah yang amat digeruni oleh musuh-musuh Allah kerana jika sistem kekhilafahan masih digunakan, umat islam seluruhnya tetap akan bersatu walaupun berlainan bangsa.
Era pemerintahan Khilafah bermula selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. iaitu era Khulafa ar-Rasyidun. Mereka dilantik secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelumnya. Selepas pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, kerajaan islam dinaungi oleh kerajaan Bani Umaiyyah. Kerajaan Bani Umaiyyah adalah kepimpinan khilafah yang pertama berasaskan pewarisan. Kerajaan Bani Umaiyyah kemudiannya ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam peperangan pada tahun 750 masihi. Hal ini menyebabkan banyak kaum keluarga Bani Umiayyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Kerajaan Bani Abbasiyyah merupakan empayar Islam yang kedua. Kerajaan Bani Abbasiyyah berkembang selama dua kurun tetapi mengalami kejatuhan secara perlahan-lahan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki. Kerajaan ini berakhir selepas panglima tentera Mongol iaitu Hulagu Khan menghancurkan Baghdad pada tahun 1258. Kerajaan Islam kemudiannya dipimpin oleh kerajaan Uthmaniyyah. Empayar Kerajaan Islam Uthmaniyyah adalah kerajaan yang paling lama bertapak iaitu kira-kira 6 abad lamanya. Empayar ini juga dikatakan kerajaan yang gilang gemilang kerana pencapaiannya yang membanggakan. Pertembungan budaya,ideology dan kekuatan kuasa akhirnya menjatuhkan kerajaan islam Uthmaniyyah. Bermula dengan krisis pihak luar,perpecahan dalaman dan Khalifah yang mula lalai kepada perintah Allah akhirnya pada 29 Oktober 1923 Kerajaan Islam Uthmaniyyah tumbang dan ditukar sebagai sebuah republic yang sangat sekular.
Selepas daripada itu,nama khalifah tidak lagi kedengaran. Mustafa Kamal laknatullah menjadi presiden pertama Republik Turki. Pemimpin Eropah mengatakan tidak boleh ada lagi perbincangan untuk menegakkan semula Khalifah. Namun Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Telah berlaku era pemerintahan KENABIAN, ia berlaku dan berakhir sepertimana yang Allah kehendaki. Setelah itu berlaku pula era pemerintahan KHALIFAH AR-RASYIDDIN yang berjalan mengikut manhaj (ciri) era kenabian, ia berlaku dan berakhir menurut seperti sepertimana yang Allah kehendaki. Setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan MENGGIGIT (FITNAH) diperintah secara warisan (monarki), ia berlaku dan berakhir mengikut masa yang ditentukan oleh Allah. Setelah itu diganti dengan era pemerintahan DIKTATOR, ia berlaku dan berakhir mengikut tempoh yang Allah kehendaki. Setelah itu diganti dengan pula dengan era pemerintahan KHALIFFAH yang mendapat petunjuk di atas jalan kenabian (berjalan mengikut manhaj kenabian) Era ini ialah era kegemilangan bagi keseluruhan muka bumi” : (RIWAYAT IMAM AHMAD,Al-BAZAR dan AT-TABRANI dari Huzaifah.
Sudah jelas disini bahawa sistem Kekhailafahan akan kembali bernaung. Berdoalah agar kita dapat menjadi antara orang yang berjuang untuknya. Aminn..
Dalam blog ini saya akan melampirkan sejarah Kekhilafahan bermula dari zaman Khulafa’ ar-Rasyidun hinggalah zaman terjatuhnya Empayar Islam Uthmaniyyah di Turki. Semoga segala usaha saya diredhai olah Allah S.W.T. Amin..
Hamba yang hina,
حافيظ علوان

Jumaat, 30 November 2012

Sejarah Islam

Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.

Permulaan..

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.
Nabi Muhammad S.A.W.
Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapatTelaga ZamZam dan yang paling penting sekali Kaabah.
Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah(570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.
Baginda tidak menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan digua Hira'. Sehinggala ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.
Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.
Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.
Perkembangan Islam..

Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia.Kerajaan Bani Umaiyyah,Kerajaan Bani Abasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin.