Rabu, 12 Disember 2012

Pengenalan


بسم الله الرحمن الرحيم
الحـمدللـــــــــــــــــه رب العــــــــــــــــــــالميـن
Segala puji-pujian dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah yang Esa..
Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad S.A.W. , kaum kerabat dan para sahabat..


Khalifah secara harfiyah bererti "pengganti" atau "wakil" yakni pemimpin umat islam setelah Nabi Muhammad S.A.W wafat. Mereka digelar sebagai Khalifah Allah(perwakilan Allah) dan Khalifah Rasulullah(penganti utusan Allah). Gelaran khalifah ini juga dikenali sebagai Amir al-Mukminin (pemimpin orang beriman).
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
“Bani Israel dahulunya telah diurus oleh para nabi, apabila seorang nabi(Bani Israel) wafat, maka digantikan oleh nabi yang lain, sedangkan tiada seorang nabi pon setelah aku(Muhammad Rasulullah) dan akan ada(yang akan menguruskan umat islam nanti) para khalifah dan bilangan mereka banyak.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Khalifahlah yang akan menguruskan umat islam selepas kawafatan Nabi Muhammad S.A.W. dan hanya seorang khalifah sahaja yang akan memimpin umat islam seluruh dunia. Inilah yang amat digeruni oleh musuh-musuh Allah kerana jika sistem kekhilafahan masih digunakan, umat islam seluruhnya tetap akan bersatu walaupun berlainan bangsa.
Era pemerintahan Khilafah bermula selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. iaitu era Khulafa ar-Rasyidun. Mereka dilantik secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelumnya. Selepas pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, kerajaan islam dinaungi oleh kerajaan Bani Umaiyyah. Kerajaan Bani Umaiyyah adalah kepimpinan khilafah yang pertama berasaskan pewarisan. Kerajaan Bani Umaiyyah kemudiannya ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam peperangan pada tahun 750 masihi. Hal ini menyebabkan banyak kaum keluarga Bani Umiayyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Kerajaan Bani Abbasiyyah merupakan empayar Islam yang kedua. Kerajaan Bani Abbasiyyah berkembang selama dua kurun tetapi mengalami kejatuhan secara perlahan-lahan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki. Kerajaan ini berakhir selepas panglima tentera Mongol iaitu Hulagu Khan menghancurkan Baghdad pada tahun 1258. Kerajaan Islam kemudiannya dipimpin oleh kerajaan Uthmaniyyah. Empayar Kerajaan Islam Uthmaniyyah adalah kerajaan yang paling lama bertapak iaitu kira-kira 6 abad lamanya. Empayar ini juga dikatakan kerajaan yang gilang gemilang kerana pencapaiannya yang membanggakan. Pertembungan budaya,ideology dan kekuatan kuasa akhirnya menjatuhkan kerajaan islam Uthmaniyyah. Bermula dengan krisis pihak luar,perpecahan dalaman dan Khalifah yang mula lalai kepada perintah Allah akhirnya pada 29 Oktober 1923 Kerajaan Islam Uthmaniyyah tumbang dan ditukar sebagai sebuah republic yang sangat sekular.
Selepas daripada itu,nama khalifah tidak lagi kedengaran. Mustafa Kamal laknatullah menjadi presiden pertama Republik Turki. Pemimpin Eropah mengatakan tidak boleh ada lagi perbincangan untuk menegakkan semula Khalifah. Namun Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Telah berlaku era pemerintahan KENABIAN, ia berlaku dan berakhir sepertimana yang Allah kehendaki. Setelah itu berlaku pula era pemerintahan KHALIFAH AR-RASYIDDIN yang berjalan mengikut manhaj (ciri) era kenabian, ia berlaku dan berakhir menurut seperti sepertimana yang Allah kehendaki. Setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan MENGGIGIT (FITNAH) diperintah secara warisan (monarki), ia berlaku dan berakhir mengikut masa yang ditentukan oleh Allah. Setelah itu diganti dengan era pemerintahan DIKTATOR, ia berlaku dan berakhir mengikut tempoh yang Allah kehendaki. Setelah itu diganti dengan pula dengan era pemerintahan KHALIFFAH yang mendapat petunjuk di atas jalan kenabian (berjalan mengikut manhaj kenabian) Era ini ialah era kegemilangan bagi keseluruhan muka bumi” : (RIWAYAT IMAM AHMAD,Al-BAZAR dan AT-TABRANI dari Huzaifah.
Sudah jelas disini bahawa sistem Kekhailafahan akan kembali bernaung. Berdoalah agar kita dapat menjadi antara orang yang berjuang untuknya. Aminn..
Dalam blog ini saya akan melampirkan sejarah Kekhilafahan bermula dari zaman Khulafa’ ar-Rasyidun hinggalah zaman terjatuhnya Empayar Islam Uthmaniyyah di Turki. Semoga segala usaha saya diredhai olah Allah S.W.T. Amin..
Hamba yang hina,
حافيظ علوان